25 May 2019, Saturday | 06:28pm

Caliph Busker tak sangka dapat bersembang dengan Raja Permaisuri Agong

2019-05-13

KUALA LUMPUR: Siapa sangka dahulu kumpulan Caliph Busker hanya melakukan aktiviti busker di tepi jalan sahaja.

 

Namun kini mereka berpeluang mempersembahkan bakat mereka kepada orang-orang ternama.

 

Dalam satu entri di Instagram, Kumpulan Caliph Busker memuat naik satu video dimana mereka sedang menyanyikan sebuah lagu mereka sambil disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Momen indah tersebut berlaku ketika mereka sedang menunggu untuk membuat persembahan dalam satu majlis berbuka yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya.

 

Tanpa disangka, mereka didatangi Tunku Azizah yang datang memberi salam dan berborak panjang dengan mereka.

Namun di akhir perbualan, barulah mereka dimaklumkan bahawa individu terbabit adalah Raja Permaisuri Agong.

 

Momen itu membuatkan mereka semua berasa begitu terharu kerana dapat meluangkan masa dengan Baginda.

 

Sumber:Awani/http://bit.ly/2Q36kqk

 

No votes yet