25 June 2019, Tuesday | 06:55pm

Butang baju Melayu PDRM bukan untuk orang awam

2019-05-24

KUALA LUMPUR -  Tindakan undang -undang termasuk pembatalan permit perniagaan menanti peniaga yang menjual butang baju Melayu logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang awam.

 

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM hanya boleh dijual kepada pegawai polis termasuk Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi dan Kadet Polis dengan menunjukkan kad sijil perlantikan.

 

Katanya, setiap peniaga yang berlesen dikehendaki mencatatkan butir pembeli menerusi buku daftar penjualan bagi mengelakkan butang baju Melayu itu dijual kepada orang awam.

 

“Kita khuatiri akan timbul  penjualan secara terbuka yang boleh mengundang perlakuan jenayah susulan itu, kita menasihatkan penjual perlu catatkan butiran pembeli dan pembeli juga dikehendaki menandatangani pembelian yang dibuat.

 

“Proses ini tidak dapat dilakukan sekiranya penjualan di buat atas talian, malah kesahihan status pembeli dan kad kuasa yang ditunjukkan secara atas talian juga tidak dapat dipastikan,” katanya.

 

Menurutnya lagi, tindakan undang-undang termasuk membatalkan permit perniagaan akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar. - K! ONLINE

 

Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2VO7vee

 

No votes yet