18 February 2019, Monday | 01:15pm

Biar Lambat Asalkan Selamat

2019-02-08

Pepatah melayu ada mengatakan biar lambat asalkan selamat.

Dimusim perayaan, jalanraya akan dipenuhi dengan kenderaan yang kebanyakan pengguna akan pulang menziarahi sanak saudara bagi menghabiskan masa kualiti mereka. Ada yang mengambil kesempatan waktu cuti perayaan dengan pergi melancong ketempat – tempat menarik yang terdapat dtanah air yang tercantik ini.

Namun, disebalik kegembiraan percutian dan tradisi pulang ke kampung, wujud juga berita sedih yang disiarkan di ruangan akhbar.

Dalam masa beberapa hari sahaja, berita kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa memenuhi ruangan akhbar tempatan termasuk siaran berita utama di television.

Antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan ini ialah memandu terlalu laju, mengantuk, memandu dibawah pengaruh alkohol termasuk khayal ketika memandu.

Berikut merupakan kemalangan ngeri yang telah berlaku sepanjang musim perayaan tahun baru cina tahun ini yang harus dijadikan iktibar.

Nahas lori dan kereta yang mengorbankan empat sekeluarga

Pada hari Rabu malam bersamaan dengan 5 Februari, telah berlaku satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori dengan dua buah kereta jenis Honda Civic dan Proton Saga. Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 55, Jalan Kluang – Kota Tinggi. Dalam kejadian itu, kesemua mangsa yang berada dalam kereta Honda Civic telah terkorban manakala seorang lagi pemandu Proton Saga hanya mengalami luka ringan. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ahsmon Bajah berkata mangsa yang maut adalah sepasang suami isteri bersama dua anak mereka.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa bertembung dengan lori yang memasuki laluan mereka.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan seterusnya memasuki laluan bertentangan.

Pemandu lori tersebut telah direman bagi menjalankan ujian saringan air kencing dan untuk siasatan lanjut.

Keluarga yang terkorban telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk proses post mortem dan akan disemadikan di sana oleh keluarga terdekat mereka.

Related image

BMW terbakar tiga beranak rentung

Di satu kemalangan ngeri yang lain, juga berlaku pada tanggal 5 Februari, tiga sekeluarga yang menaiki kenderaan BMW terkorban apabila kenderaan yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan sehingga terbakar.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Selangor, Superintendan Azman Shariat, kesemua mangsa yang terkorban adalah anak beranak yang berasal dari Taman Anggerik Emas, Kajang.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu dari arah Balakong menghala ke arah Sungai Long hilang kawalan lalu terbabas sendiri sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Akibat dari rempuhan itu, kereta BMW tersebut terbakar dan ketiga-tiga mereka tidak sempat menyelamatkan diri sebelum ditemukan rentung dalam kenderaan berkenaan,”

The burnt wreckage of the BMW following the crash at the SILK Highway on Tuesday.

Seorang rentung, lima cedera kemalangan lima kenderaan

Seorang wanita rentung, manakala lima cedera, termasuk satu parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 209.3 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, sebuah kereta Chevrolet dan lori Hino tanpa muatan hangus terbakar, manakala tiga lagi kenderaan masing-masing Toyota Harrier, Honda CRZ dan Proton Saga BLM hanya mengalami kerosakan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata mangsa yang rentung adalah seorang penumpang yang  duduk di bahagian kanan belakang kereta Chevrolet berkenaan.

 “Mangsa yang tersepit terbunuh selepas kereta itu terbakar. Bagaimanapun, pemandu lori, tidak mengalami kecederaan.

Pemandu Proton Saga yang juga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) mengalami cedera parah, manakala penumpang yang juga pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), cedera ringan,” katanya.

Siasatan awal mendapati, semua kenderaan berkenaan bergerak dari Johor ke Kuala Lumpur dan kemalangan dipercayai berlaku apabila lori Hino yang berada di lorong paling kiri secara tiba-tiba menukar laluan lalu merempuh Proton Saga.

“Akibat rempuhan kuat itu, kedua-dua kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan, sebelum lori berkenaan merempuh belakang kereta Chevrolet yang dinaiki mangsa.

“Sejurus selepas perlanggaran itu, berlaku perlanggaran membabitkan Toyota Harrier dan Honda CRZ pula,”katanya.

Mohd Sham berkata, semua mangsa di bawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama.

Oleh itu, tips yang terbaik bagi mengurangkan kecelakaan ketika memandu adalah dengan memandu dengan sedikit perlahan. Kelajuan 80km sejam mampu memberikan anda ruang dan masa untuk bertindak apabila terhilang kawalan ketika memandu.

Anda juga dinasihatkan untuk berhenti memandu seketika di Rawat dan Rehat dan gunakan masa ini dengan menyegarkan kembali tenaga dan fokus anda untuk menyambung kembali perjalanan.

Ingatlah orang yang tersayang, menjaga nyawa itu wajib dan hidup ini hanya sekali.

Biar lambat asalkan selamat.

-kwiknews

No votes yet