21 May 2019, Tuesday | 08:04am

Berita tular menarik sepanjang minggu ini

2019-03-14

Hujung minggu sudah pun menghampiri, adalah tanggungjawab kami untuk memastikan pembaca semua sentiasa dinasihatkan atau juga dimaklumkan dengan perkara – perkara sensasi yang berlaku disekeliling kita termasuk lah berita tular.

Banyak perkara yang menarik boleh dipelajari melalui berita tular ini. Ia mengajar kita agar lebih berhati – hati dalam kita menjalankan operasi harian kerana terdapat bahaya yang tidak diundang dalam melaksanakan tanggunjawab.

Kepada peminat ganja di luar sana, anda dinasihatkan agar lebih berhati – hati agar tidak dicekup. Akta Dadah Berbahaya, 1952 mengharamkan segala jenis pengambilan, penggunaan, pembuatan, pengilangan, pengeksportan dan sebagainya bagi mewujudkan negara Malaysia, negara yang bebas dadah.

Berita tular di minggu yang rancak ini akan dimulakan dengan kes beberapa pekerja disebuah organisasi kaji selidik data ditahan kerana memiliki ganja.

Dua kakitangan dan seorang bekas pekerja firma kaji selidik data ditahan polis.

Dua pekerja dan seorang lagi bekas kakitangan firma penyelidikan data, Invoke Malaysia ditahan polis dipercayai kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 75 gram.

Kesemua mereka telah ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah unit kondominium Taman Mutiara Jinjang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pekabat polis Daerah (IPD) Sentul.

Dua daripada mereka merupakan pegawai eksekutif pemasaran serta pereka grafik manakala seorang lagi suspek adalah bekas pekerja di pusat kajian itu.

Bagaimanapun, pemilik kepada firma kaji selidik ini yang juga merupakan seorang aktivis merangkap pemecah maklumat saudara Rafizi Ramli enggan mengulas lanjut tentang isu ini dan menyerahkannya seratus peratus kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Image result for Balu dan dua anak tiri kepada CEO Cradle Fund dituduh membunuh

Balu dan dua anak tiri kepada CEO Cradle Fund dituduh membunuh

Setelah hampir setahun CEO kepada syarikat Cradle Fund iaitu sebuah syarikat yang menawarkan pelaburan dana untuk para usahawan memulakan perniagaan mereka ditemui mati mengejut, pada awal minggu ini isteri dan dua anak tirinya ditangkap polis.

Mereka ditangkap kerana didapati membunuh.

Pada awalnya Nazrin ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, kira –kira 12.20 tengah hari pada 14 Jun 2018.

Keluarganya memberitahu bahawa kematian adalah disebabkan letupan kepada telefon bimbit seterusnya berlaku kebakaran.

Tetapi, setelah menjalankan bedah siasat, polis mendapati terdapat kecederaan di kepala Nazrin

Kemudian, polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai pembunuhan berikutan siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan keputusan bedah siasat.

Cradle Fund adalah sebuah syarikat di bawah naungan Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi termasuk memelihara ekosistem syarikat permulaan. Antara syarikat terkemuka yang telah menerima dana awal untuk menrealisasikan idea mereka dari Cradle Fund adalah MyTeksi, iPay88, iMoney, FlexiRoam, Carlist dan juga CatchThatBus.

Image result for COO FELCRA menengking kakitangan

COO FELCRA menengking kakitangan

Video memaparkan seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Operasi (COO) FELCRA menengking kakitangan bawahannya tular di media sosial sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.

Video yang berdurasi 1 minit itu memaparkan Ketua Pegawai Operasi Mohd Khairi Mahmor ‘menengking’ kakitangannya tentang penggunaan baja ketika melawat sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Batu, Pahang.

Mohd Khairi juga didapati meluahkan segala kemarahannya kerana kakitangan agensi tersebut gagal mendengar arahan.

Bagaimana pun, Pengerusi FELCRA Datuk Nageeb Wahab ketika dihubungi menyifatkan tindakan menengking adalah suatu kebiasaan untuk mereka yang sudah lama bekerja di sektor perladangan dan menganggap isu itu bukanlah suatu yang serius.

Harap perkara ini tidak berlarutan, eloklah kalau di selesaikan dengan baik.

Image result for Pondan aksi catwalk jalan imbi

Seorang LGBT pamer aksi ‘Catwalk’ di tengah bandar Kuala Lumpur

Gempar apabila sebuah video yang memaparkan seorang ‘wanita’ tanpa seurat benang mempamerkan aksi ‘catwalk’ ditengah – tengah jalan tular.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.15 pagi, gelagat wanita itu telah dirakam oleh beberapa pengguna jalan raya yang  sedang menjalankan operasi harian mereka disekitar kawasan Times Square berdekatan dengan Jalan Imbi.

Wanita itu dilihat sedang ‘asyik’ menari dan cuba melintasi jalan di lokasi berkenaan. Dia juga mempamerkan aksi ‘stunt’ dengan bertindak memanjat dan berdiri di atas sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat.

Keghairahan penonton terbantut apabila didapati ‘wanita’ tersebut merupakan seorang pondan. Menurut polis, pondan liar itu adalah warganegara Filipina yang kurang siuman.

-Kwiknews

No votes yet