18 February 2019, Monday | 01:14pm

Berita Kwik tular sepanjang minggu ini

2019-01-30

Setiap hari kita disajikan dengan berita tular mengenai perkara yang berlaku dalam negara mahupun antarabangsa.

Walaupun ia adalah perkara biasa, namun, penularan melalui medium sosial telah membuatkan sesuatu berita itu menjadi sensasi.

Sedang kita menuju ke penghujung bulan Januari 2019, gempar lagi cerita hangat yang melibatkan selebriti tempatan tular.

Berita tular yang dmakusdkan tersebut adalah:-

Kemunculan gambar Emma Maembong membuka tudung tampak seksi bersama kekasih

Siapa tidak kenal akan selebriti tempatan yang cantik dan comel, putih melepak, berperwatakan lembut dan  mempunyai ciri-ciri muslimah impian kebanyakan lelaki tidak lain tidak bukan Emma Maembong.

Selang beberapa hari lepas, dunia hiburan kita kecoh seketika apabila gambar Emma Maembong tidak  berhijjab dan bergambar mesra dengan seorang jejaka tular di alam sosial media.

Imej Emma Maembong yang tersebar itu memperlihatkan kedua –dua pasangan itu bergambar didalam bilik sambil wanita itu duduk dicelah kangkang jejaka tersebut.

Tersebar juga imej Emma memakai seluar pendek (hot pants) sambil dipeluk oleh jejaka tersebut ketika bercuti diluar negara dan sebuah foto ketika mereka sedang berada disebuah restoran.

Selain dari isu buka tudung, apa yang memeranjatkan adalah jejaka itu ialah abang kepada Menteri Belia dan Sukan, yang bernama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Imej Emma tidak berhijjab adalah sesuatu yang jarang dapat dilihat dikaca tv, ini kerana Emma selalu tampil dengan imej bertudung sekaligus mengubah persepsi masyarakat terhadap beliau.

Emma juga tidak asing lagi dengan jolokan ‘playgirl’ dikalangan para netizen. Ini kerana beliau sering kali memusnahkan harapan jejaka yang telah jatuh hati terhadapnya dengan memutuskan hubungan tersebut seterusnya mendampingi jejaka lain.

Antara jejaka atau selebriti yang pernah jatuh hati dengan Emma Maembong tetapi tidak tercapai hajat di cari ialah pelakon dan pelawak nombor satu Zizan Razak, pelakon disukai ramai Kamal Adli dan juga seorang pelakon berbangsa Cina yang pernah berlakon bersama –sama disebuah episod drama Alvin Chong.