25 June 2019, Tuesday | 05:24pm

Adik-beradik Facebook buat hal lagi, pengguna 'meroyan' di Twitter

2019-04-15

KUALA LUMPUR: Mungkin sekarang ini ramai yang tertanya-tanya mengapa aplikasi Whatsapp dan Instagram tidak berfungsi.

Pada mulanya mereka mengannggap bahawa ia adalah masalah talian namun sebenarnya Facebook dan adik-beradiknya mengalami gangguan yang sama.

Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Antara masalah yang dihadapi ketiga-tiga pengguna aplikasi ini adalah mereka tidak boleh memuat naik gambar dan mendapatkan pesanan ringkas melalui Whatsapp.

Sebelum ini , Facebook, Whatsapp dan Instagram pernah mengalami gangguan sama akibat daripada masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Memandangkan ketiga-tiga aplikasi ini merupakan platform komunikasi utama masyarakat dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.

Sementara itu di Twitter, pengguna antarabangsa sudah mula memuat naik pelbagai kata-kata dan imej yang menzahirkan perasaan mereka.

 

 

No votes yet

Tags: