18 October 2017, Wednesday | 01:25pm

A350-900 terbang ke London Januari ini

2017-10-12

TOULOUSE 12 Okt. - Pesawat baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB), A350-900 akan memulakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke London pada 15 Januari tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Peter Bellew berkata, MAB akan mula menerima pesawat pertama pada minggu pertama Disember 2017 diikuti dengan lima lagi pesawat pada Januari, Februari dan Jun.

“Empat daripada enam pesawat ini akan digunakan untuk penerbangan jarak jauh ke London manakala dua lagi pesawat masih di peringkat perbincangan,” katanya selepas meninjau pesawat pertama A350-900 Malaysia Airlines di kompleks kilang pesawat Airbus di sini hari ini. 

 

Sumber: Utusan Online

Foto: A. Tchaikovski/Malaysia Airlines


 

Average: 5 (1 vote)