25 June 2019, Tuesday | 05:22pm

31 Negara Sahkan Penyertaan LIMA 2019

2019-02-12

LANGKAWI – Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang dijadualkan pada penghujung bulan depan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Turki, negara yang terkenal mempunyai industri pertahanan yang baik memiliki pavilion terbesar pada LIMA’19 dengan keluasan 730 meter persegi diikuti Rusia 697 meter persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ada Majlis Pengiktirafan Rakan Penaja LIMA’19 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – BERNAMA

 

No votes yet