25 June 2019, Tuesday | 06:54pm

15,000 anggota ATM bersedia jaga keamanan negara pada Aidilfitri nanti

2019-05-31

 KUALA LUMPUR - Seramai 15,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti termasuk yang berkhidmat di Lebanon.

 

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ini merupakan pengorbanan yang harus dilakukan oleh petugas-petugas ATM demi menjaga keamanan negara.

 

“Sebagai benteng pertahanan negara, mereka akan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan dan ancaman dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara.

“Kepada anggota yang dibenarkan untuk cuti pada Raya nanti, maka gunakanlah peluang itu sebaik mungkin untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga ATM Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Turut hadir bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi. - K! ONLINE

Sumber;Kosmo/http://bit.ly/2EVRrll

Average: 5 (1 vote)